Hello.sihat semua raya ni? dah raya keberapa dah? ok dah 4 Syawal dah.Bermakna cuti pun dah nak habis.huhu.Esok dah nak balik asrama dah.sedihnya.Kenapalah cuti sekejap sangat.Memandangkan esok dah nak pulang ke asrama tercinta,maka disini aku nak berkongsi sedikit warna-warni Aidilfitri tahun ni (bajet artis sampai ada warna-warni aidilfitri bagai).
1 Syawal.
Raya tahun ni lain sikit.bukan sikit tapi banyak.selalunya setiap tahun,pagi 1 Syawal tu mesti balik kampung dah tapi tahun ni tak.Kami beraya dulu kat Masjid Negara sebab ayah kene bertugas untuk sembahyang raya pulak tahun ni.Ramai vvip datang.Pertama kali sembahyang raya kat Masjid Negara.Bangga rasanya dengar ayah bertakbir pagi tu.Selesai je sembahyang raya,aku dan mama berjalan kembali ke bilik pejabat ayah,dan kami berkesempatan berjumpa dengan Pak Lah dan Hishamuddin.Nampak jugak Sultan dan Permaisuri Agong.Usai itu,kami dijemput oleh rakan-rakan ayah ke rumah mereka.TImbalan Imam Besar pun jemput datang rumah.Maka seharian tu kami beraya ke rumah kuaters Masjid Negara.Tengahari baru balik rumah.
Bila dah sampai rumah mestilah penat dan semua tidur sebab penat berjalan dan paling penting penat makan.Pukul 3.30 baru kami gerak balik kampung.Tj.Karang je pun.dekat.lebih kurang 4.30 petang kami sampai dan nenek memang dah sedia menunggu kepulangan kami.Masa tu barulah dapat buat photoshoot raya.haha
Raya tahun ni sebenarnya takde tema tetap pun.Tapi dah kebetulan warna merah dan oren ni macam masuk pulak kalau digabungkan bersama dan menghasilkan view yang seragam semasa photoshoot.ceh ayat.Ayah punya baju sama je aku rasa setiap tahun.sebab ntahla dia lagi selesa macamtu kot.Takpe,yang penting raya.haha.Dan tahun ni jugak aku rajin sangat nak pakai shawl.biasanya aku pakai bawal bidang je.Tahun ni nak nampak kelainan lah katakan.lagipun kesian kat mama yang dah berusaha carikan tudung untuk aku raya ni.
2 Syawal.
2 syawal ni kami beraya ke rumah saudara sebelah mama di sekitar Tj.Karang je.Penat jugalah beraya ni.Penat makan dan macam-macamlah.
Seronoknya raya ni bila dapat beraya dengan budak kecik dua orang ni,Nawwar dan Raihah.Dah lama betul tak jumpa diorang.Rindu.Comel je keletah mereka ni.Aku pun melayan je lah kerenah diorang ni.Lawa budak-budak ni pandai bergaya dah.Tengok mama dia lah kan.Nawwar dengan Raihah ni jugak suka sangat bergambar.comel betul alahai.Rindu diorang dah balik dah.Entah bila lagi dapat jumpa kan.
3 Syawal.
Raya ketiga ni hari terakhir kami kat kampung.Tapi ayah dah balik rumah dulu dari semalamnya sebab ayah dah kerja.Jadi raya ketiga tu kami beraya lagi di sekitar kampung.habiskan rumah sedara yang tak habis diziarah lagi.
Okay sekian saja Warna-warni Aidilfitri Aisyah.hahah *mintak kene lempang kan* apa-apapun sekarang dah kene siap sedia-kan mental dan fizikal untuk balik asrama esok.OMAIGARD *emoji menangis* Homework dahla tak siap lagi.Masyaallah apa nak jadi ntah.haha.Sekian saja :)
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"
p/s: #np Just Right // Got7
Anyeong!










